Sunday, February 5, 2012

salam maulidur rasul!

bismillahirrahmanirrahim~
* selawat*
 okeh.. ari ni dah pon 12 RabiulAwal! cepat mase berlalu.. ari ni hari ape?-maulidurrasul!!!-
alhamdulillah, kita masih ingat tarikh lahir nabi Muhammad. Ingatkan bole ingat bufday kawan2 je :D
haaa.. selain itu, aku nak cakap pasal ilmu yg aku dapat mase dengar ceramah kat masjid malam tadi. share2.

ada 3 peringkat ibadah :
3. ibadah kerana rasa takut - kita beribadah kerana takut masuk dalam neraka. Memang la boleh berfikiran macam tu. TETAPI, ibadah yg kita buat itu merupakan serendah-rendah darjat ibadah. so, kena up siket! 
2. ibadah kerana inginkan balasan- kita beribadah kerana inginkan syurga dan pahala. Haaaa~ ramai tak yg terfikir cam ni? tapi, ibadah kita tetapi no. 2
1. ibadah kerana cinta - ni memang the bez! fantastic! boombastic! sape2 yg beribadah kerana rase cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, dialah hamba yg mendapat setinggi-tinggi darjat ibadah.

kalau kita belajar pon, kita nak faham betul2. rase nak menangis kalau tak faham. kalau exam? perghhh! stadi bagai nak gila! kita mesti nak dapat rezult yg gempak. nak NO 1!!! tapi.. bila kita beribadah.. kita wat yg tergempak tak? yg the bez tak? NAK DAPAT NO 1 tak? :D tanda-tanda ibadah kita tak diterima oleh Allah ialah kita bersikap BAKHIL! jap2.. ira bakhil ke? -berfikir sejenak- anda pon perlu fikir. Jika YA? anda perlu tingkatkan ibadah. betulkan niat kita ---> HANYA ALLAH <--- :D Jika TIDAK? alhamdulillah, tingkatkan ibadah kita lagi :D

kembali kepada topik kita! - RASULULLAH- bukan nak cakap sebab HARI INI hari rasulullah lahir, kita kena selawat. tiap2 ari pon kena selawat en? sebab apa??? Rasulullah sentiase ingat kita tau! ek eleh~ mane kau tau rasulullah rindu kau ke tak? BUKTINYA :

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata Rasulullah. Ikhwanku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.

ataupun hadis yg hampir sama dengan situasi yg atas :

اشتقت لأحبابى فقالوالي :او لسنا احبابك يا رسول الله؟ فقلت: انتم أصهابي, واحبابي قوم يأتون بعدي يؤمنون بي و لم يروني

''aku telah merindui kekasih-kekasih aku, maka mereka (para sahabat) berkata padaku.. bukankah kami (sahabat) kekasih-kekasihmu ya Rasulullah? Maka aku berkata, kamu semua sahabatku, dan kekasih-kekasih aku kaum yang datang selepasku, mereka beriman denganku tetapi tiada pernah melihatku''

CAYE TAK???

kita rindu tak kat rasulullah? ke kita rindu kat kawan2 kita je? ke pakwe/makwe kite??? -ish3..makandalam-
dan, even rasulullah nak wafat pon, kat mulut rasulullah meniti " ummati, ummati, ummati" haaaaa! 3 kali tau rasulullah sebut tentang ummat baginda. SIAPAKAH umat baginda? kita lah kan??? Rasulullah takut kat ummat die ni, akan terpesong ke jalan yg salah-nauzubillah- tapi, kita macam wat dek je! watilek watpeace je nooo... tak patot-tak patot.

jadi ari ni.. sayangilah rasulullah. jangan hanya kat IC, ISLAM. tapi kita tak amalkan. Kalau lah malaikat Mungkar dan Nakir tanya bila kat dalam kubur, " Ma deenuka?" takkan kita nak jawab " Laa.. kan dah tertulis kat IC ISLAM. lagi mau tanya ke?" sebab bila kat kubur nanti bukan mulut kita yg jawab. Di dahi kita terpancar jawapan kita. NAPA DAHI??? sebab tu temapat utama yg apabila kita sujud, kena dahi en? :D

ikutilah sunnah rasulullah! jangan lupa~ same2 kita ingatkan kawan2 kita dan diri sendiri jugak en? jangan hanya pandai bercakap, tapi diri sendiri tak wat! aku lah tu   sama2 beramal..sama saling mengingati :D

dan jangan hanya sebut sayang, tapi tak tunjukkan pon sayang kita kat Rasulullah :D

Akhir sekali, mintak maaf jika bahasa aku ni wat sape2 terase ke ape, aku hanya manusia yg hina.. nak tegur, boleh je! ehem2.. cube dengar lagu ni.. agak menarik. LAYAN~






# jangan lupa selawat banyak2. tiap2 ari tau, bukan ari ni je :D