Friday, December 20, 2013

dakwah dan tanggungjawab

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum n holla semua~
dah malam2 sibuk nak update status!
anak dara tidur awl, esok bngun awl tolong ibu-ayt ibu! eheh
inshaAllah masa yg Allah beri ini cukup seandainya kita hargai dan manfaatnya ke arah kebaikan

ehem.. tiba2 mlm ni beremosi sebentar..
baru je tadi blog walking, lalalalala
then, stop kat satu blog ni..
ahah! blog senior aku dlu. tak sedar rupanya aku follow dia (=
dan betapa aku kagumi dia! subhanallah

mengapa? sebab dia menggunakan anugerah akal dan kelebihan yg dia ada utk berdakwah
hmm, terasa diri ini lemah sungguh.
Allah bagi macam2 nikmat dan kelebihan kita tak gunakan sebaiknya
tetapi, hamba Allah ini ada! membuka mata org yg lemah ini utk sama berdakwah
walaupun ilmu tidak setinggi mana.. tetapi tanggungjawab sebagai seorang Muslim itu utk mnjadi da'ie
Daripada Abdullah bin Amr r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat"    ( HR Bukhari)

nampak tak? hmmm..
oleh itu, kita perlu berdiam diri ke?
aku tak bnyk ilmu, aku tak pndi ckp, aku tak pndi nak gne internet, aku tak pandai melukis..
tapi, kita semua ada akal kan? inshaAllah, akal ni akan bawa kita ke jalan yg benar berlandaskan agama
sesungguhnya Allah jadikan kita ni dgn kelebihan dan kekurangan.. oleh itu gunakan dan perbaiki sebaiknya.
mungkin bukan drpd kata2, mungkin drpd tindakan kita? akhlak kita yg menarik minat seseorang utk mendalami Islam.. there you go!

dan hamba Allah ini-yg ira usha masa blog walking td-
dia pandai melukis, dan dia bawa mesej drpd doodles nya dan kata2 sbgi penerangan.
simple with deep meanings
dan, dia ada buat komik lagi! dan dia masih belajar.
dia ada masa nak buat kan? sebab dia hargai masanya sebaiknya
dan utk akhi yg berdakwah itu, terima kasih ats segala ilmu
moga hidupmu mendapat berkat Ilahi dan diredhai ats segala pengorbananmu itu
dan, ira rasa tak salah kot nak share link dia sbb bagus sngt!
 follow la, inshaAllah bermanfaat bagi sesiapa yg menginginkannya
http://temetemerity.blogspot.com





dan andai sesuatu menimpamu dan anda berasa keseorangan. 
jangan begitu
ingat, Allah itu dekat denganmu
mohonlah, berceritalah..
hati itu akan menjadi tenang inshaAllah  :)

i'm proud, grateful

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum n holla again~
i'm proud, i'm grateful.. alhamdulillah..
kenapa? sudah tentunya kerana masih bernafas dan mengucap syahadah
tetapi, bangga dan gembira utk batch saya
atau nak khususkan tuk dak2 nasyid! *clap

tak faham?
okay, dak nasyid skola kiteorg jd wakil selangor utk Bintang Mukmin 2013 
abis je SPM, sehari balik umah, dah kena balik skola sebab ada training
dan paling legend sebab diaorang ni still sama dari form 2 lagi
menerajui nasyid sekolah sampai 1st time dpt jd johan! *clap

dan.. bila ada kat dewan auditorium UM tuk final Bintang Mukmin
kami bawa supporters! cheer up guys! kami ada! (=
mungkin tak menang, tapi we still proud of you.
dah la kena buat persembahan dua kali.. tapi bukan rezeki, insha Allah rezeki kauorang kat tempat lain
aku doakan kauorang buat recording, we will support you guys~~

tuk kumpulan Soutul Sufi..
vokalis : Affan, Yeye, Amin, Cang, Nasif 
utk Ajim : walau kau takde gi aussie, kau mmg hebat je! 
tuk perkusi yg mantap : Amzar, Syafieq
orang tambahan yg menyedapkan : Cheekai, Shime
kau orang mmg awesome! terima kasih banggakan kite orang sume :D

dan.. sebelum aku sedih sbb rindu batch ni..
to all max~ love you all
semoga kita sama2 dapat rezult SPM yg gempak n diredhai Allah
jgn lupa berdoa n solat hajat. amalkan apa yg slalu kita buat kat skola
guys, really miss you all~~ haissh, drama air mata daa
smile n love max :)

well done guys! thanks a lot!
just proud n grateful (=


Thursday, December 19, 2013

tudung..

bismillahirahmanirrahim..
assalamualaikum n holla semua~
tengok tajuk sikit hari ni! ahah! menarik tak"?
kat sini bukan nak cite atau nak share pasal tutorial tudung..
ira pon tak pandai gaya2 lilit ni. yang biasa dan menutup yg perlu itu yg penting kan?

okay, sebenarnya tajuk ni lebih kepada tudung labuh..
tapi.. ira dapat info ni dan mungkin bermakna utk yg pakai tudung labuh atau tak atau free-hair
atau apa2 je la pon.. yg sure nya tuk semua muslimah sana
ni ira kopipasta org lain punya. menarik bagi ira
dan ira harap menarik utk anda..
just be open, n think wisely every words wrote..


"Yang penting hati”
“Dosa pahala itu antara kita dengan Tuhan”
“Ramai di luar sana yang pakai tudung labuh.. tapi.. perangai tak senonoh, lebih teruk dari yang bertudung biasa dan free-hair
Mesti semua orang pernah dengar ni.
Perasan tak yang mesejnya sangat sensitif?
Terutama kepada golongan yang bertudung labuh.
Betulkah cara kita menyampaikan dakwah macam ni?
Tak terasa kah macam ada sesuatu yang tak kena?
Kenapa perlu membuat perbandingan yang ketara,
Menjejaskan pemahaman setiap insan yang mendengarnya.
Perlu kah kita mengaitkan yang bertudung labuh,
Dengan yang tak bertudung labuh dan yang tidak bertudung pun?
Perlu?
Pernahkah Nabi ajar kita menyampaikan dakwah sebegini?
Yang wajib, tetap wajib.
Semua manusia adalah manusia biasa.
Baik yang bukan Islam, yang bertudung labuh, yang tak bertudung labuh dan yang tidak bertudung.
Semuanya manusia biasa.
Tak lari dari membuat kesilapan.
Jadi mengapa perlu mengaitkan kesilapan mereka yang paling hampir kepada kebaikan?
Dunia ni seperti sudah terbalik.
Tapi perlu kah kita mendorong ke arah lebih terbalik?
Ia sudahpun diterbalikkan dengan amalan-amalan songsang.
Cuba bayangkan, jika kita ditakdirkan lahir di Bumi Arab?
Yang mana di situ hampir kesemua golongan wanita,
Mengenakan tudung labuh dan berpurdah?
Malah ramai yang berniqab.
Adakah masih akan ada ‘dialog ala berdakwah’ seperti ini?
Sekali lagi perlu diingatkan, yang wajib itu tetap wajib.
Bukankah ‘yang penting hati’?
Jadi kenapa perlu kaitkan yang bertudung labuh,
Tetapi perangai tak senonoh;
Dengan yang tidak bertudung labuh,
Dan ditambah lagi dengan yang free hair?
Tak ternampakkah yang ini bercanggah?
Tidakkah bimbang akan menambahkan lagi,
Bilangan Muslimah yang enggan bertudung labuh?
Tak siapa kata bertudung labuh itu wajib,
Tetapi menutup aurat dengan sempurna itu wajib.
Sekurang-kurangnya, yang bertudung labuh itu,
Berusaha untuk menyempurnakan kewajipan itu.
Atau paling tidak pun, paling hampir kepada sempurna.
Sungguh, ia tak masuk akal jika difikirkan kembali.
Sepatutnya apa yang patut disampaikan,
Tidak berbunyi seolah-olah menghalalkan apa yang ditetapkan haram.
Ye, haram.
Bukan aku yang mengharamkannya, tapi Allah!
Bukan juga Nabi s.a.w.
Tetapi Tuhan!
Seolah-olah.
Cuba tanya pada diri sendiri,
Yang bertudung labuh itu tidak senonoh pada siapa?
Pada manusia kan?
Adakah dia tidak senonoh di hadapan Tuhan?
Wallahua’lam.
Bukan hak kita untuk menilai.
Dan yang tidak labuh dan free hair itu pula,
Pada siapa pula mereka kelihatan senonoh?
Ok, perangai mereka baik, senonoh kan?
Pada siapa? Pada manusia juga kan?
Adakah mereka dipandang senonoh oleh Tuhan?
Wallahua’lam juga.
Tetap bukan hak kita untuk menilai.
Jadi tidakkah kedua-dua mereka itu berhak dikatakan
“Itu antara dia dengan Tuhan”?
Nampak?
Dialog tu sepatutnya sudah lama dibuang.
Kalau dikutip kembali, harus dicampak pula.
Kemudian ditanam dan mereput ditelan tanah.
Sepatutnya.
Tak betulkah?
Kalau tak, jadi mungkin hanya sensitif pada aku yang baharu saja berjinak-jinak dengan tudung labuh.
Memang terasa.
Mendalam sangat.
Betul – yang bertudung labuh tidak semestinya baik.
Tetapi mereka adalah yang paling hampir untuk menjadi lebih baik.
Kenapa tak guna cara yang sepatutnya untuk mendorong ke arah kebaikan?
Yang paling hampir itu sudah tentunya dalam proses perubahan ke arah yang lebih baik.
Dan jika tidak,
“Itu antara dia dengan Tuhan”
“Yang penting hati”
Biar Allah saja yang menilai.

okay, tu sebenarnya. biarlah, even yg bertudung biasa pon kena hentam dgn soalan cam tu kan?
apa2 pon kita perbaiki diri. renung diri semula.
“Wahai Nabi (Muhammad s.a.w.), suruh isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan mukmin (beriman) supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.” (Surah Al-Ahzab, ayat 59)
ayat ni perintah Allah, bukan tuk ikut fesyen, ikut kawan, tapi utk agama n Allah~ =)
semoga kita sama2 dapat istiqamah dan perbaiki mana yg kurang. selamat beramal~
maaf kalau tak jelas ;)

Sunday, December 15, 2013

hakikat cinta

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum n holla again~
lalalalala~ hakikat cinta..

okaylaaa, hati sedang sedih sebenarnya TAPI bukan sebab CINTA
sedih sebab tak dapat pergi UM tengok dak nasyid! :(
dan, sebenarnya tatau gak apal sadis sangat, emosi tak stabil mungkin! ahaks!
dan.. layan la lara hati dgn baca novel..
tiba2 ternampak lak ayat ni..
kadangkala cinta itu lebih banyak menumpahkan air mata berbanding tawa
dan hakikatnya memang yaa!

ceh, aku bukan ada pengalaman bercinta ni..
tapi, dengan memerhati org pun kadangkala kita boleh nampak kan?
tapi tak semestinya juga.. kita boleh berusaha nak bahagiakan cinta kita (=
dan.. sementara jiwa sedih, layan la kata2 cinta kat bawah ni..


ni hakikat cinta sebenarnya.. sebab tu perkahwinan boleh kekal lama, insha Allah


okay, ni just promises org yg sedang dilamun cinta.. lalalalala~




haaaaa, ni a bit like me! ahaks! tapi seriously.. mungkin sbb tu single~ haha



 okaaaay, yg kat bwh ni cam chomeeeyy je, cam sweeeet je. ke sbb laki tu pemain basket?
okay, tatau laa.. men2 je! ;)



okaaay, tu je. nak sambung baca novel balik! haha
n to my dearest friends~ i love u all, nak jumpa hari niiii
okay, kena terima takdir Allah, astaghfirullah..


p/s: tuk sautuss sufi, all the best tuk pertandingan hari ni. lucky 4 will do! n nyanyi bez2 spya negeri lain kalah! haha go selangor! go sautuss sufi! go max! make us proud~ :D


Friday, December 13, 2013

pesanan & nasihat nabi idris

bismillahirrahmanirrahim 
assalamualaikum n guten tag everyone~

ehem, semalam cakap pasal penakluk constantinople, hari ni cakap pasal nabi idris..
sedikit je yg Allah ceritakan pasal nabi Idris dalam al-quran :
Dan ceritakanlah ( hai Muhammad kepada mereka , kisah ) Idris yang terdapat di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. 57 - Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." { Maryam : 56 - 57 }

oleh itu, ni je yg ira dapat cari pasal nabi idris
antaranya ialah nasihatnya kepada umat manusia
1 . Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kemenangan.
2 . Orang yang bahagia ialah orang yang berwaspada dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.
3 . Bila kamu memohon sesuatu kepada Allah dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu demikian pula puasa dan solatmu.
4 . Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntup sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
5 . Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah.
6 . Janganlah iri hati kepada orang-orang yang baik nasibnya, karena mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kebaikan nasibnya.
7 . Barang siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.
8 . Tanpa membagi-bagikan nikmat yang diperolehnya seorang tidak dapat bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diperolehnya itu.

dengan itu, moga kita dapat amalkan dalam kehidupan~ 
just sharing =)

penakluk constantinople

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum n holla everyone~ 
heh, ayt yg sama je tuk greet :D

soo, ira tak pandai sangat pon pasal islam ni..
tapi, baru nak menjelajah, sekarang kan semua di hujung jari
daripada melayan yg tak berfaedah, ira terjumpa satu benda ni yg inshaAllah bermakna utk semua

siapa yg tidak kenal sultan muhammad al-fatih?
penakluk constantinople?
inshaAllah, semua kenal..
dan, ira nak berkongsi sedikit tntg beliau.. bkn drpd ira tapi daripada satu lawan web ni



PENGENALAN

Sultan Muhammad II yang lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh (Pembuka Konstantinople) ialah salah seorang tokoh pejuang Islam dalam kalangan pemerintah selain beberapa orang lagi dalam kelompok yang sama seperti Sultan Salahuddin al-Ayyubi (Penyelamat Jerusalem) dan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz (Penghancur Monggol). Dia menerajui umat Islam melalui Empayar Uthmaniyyah yang berpusat diTurkistan (Turki). Gelaran “Al-Fath” itu bersempena kejayaannya ‘membuka’ Konstantinople.

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw pernah berkata: “Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”

Hadis ini telah membakar semangat sekian banyak tokoh dan tentera Islam untuk menakluki dan ‘membuka’ Konstantinople yang terkenal dengan keutuhan tembok berlapisnya. Dari semasa ke semasa ada saja perwira yang mahu diri mereka memenuhi maksud hadis Nabi itu. Sejak zaman para sahabat sehingga 800 tahun kemudiannya, pelbagai kempen ketenteraan dilakukan namun kesemuanya gagal menembusi tembok Konstantinople. Konstantinople yang berada dalam Empayar Byzantine ini sangat penting kerana ia merupakan laluan utama untuk ‘membuka’ Eropah keseluruhannya. Runtuh sahaja pintu Eropah, bermaksud mudahlah untuk sesiapa sahaja menerobos ke luar sana.

Tuhan menzahirkan kebenaran kata-kata Nabi Muhammad saw itu melalui Sultan Muhammad al-Fateh. Namun kita kena memahami satu perkara, iaitu Konstantinople dibuka sekurang-kurangnya dua kali. Sultan Muhammad al-Fateh ialah pembuka yang pertama manakala pembuka utamanya akan datang tidak lama lagi. Bahagian ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di bawah nanti.

Seorang sahabat Nabi bernama Abu Ayyub al-Ansari menemui kesyahidannya berhampiran tembok kota Konstantinople. Dia melancarkan serangan pada zaman Kekhalifahan Bani Umayyah. Dikatakan antara hujah Abu Ayyub ke sana ialah kerana dia pernah mendengar Rasulullah saw memberitahu bahawa akan ada seorang lelaki yang akan dikuburkan di sana. Dia berharap agar dialah orangnya. Selain itu, jika dia gagal membuka Konstantinople, dia berharap dapat mendengar derap kuda “sebaik-baik raja dan tentera” itu.


ZAMAN KECIL

Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 30 Mac 1432 di sempadan Turki-Bulgaria. Bapanya Sultan Murad II (1401-1451) seorang yang soleh, handal dalam perang jihad dan mempunyai wawasan yang hebat. Dia memberikan didikan yang sempurna kepada anaknya sehingga Muhammad jadi seorang yang berketrampilan sejak kecil lagi.

Muhammad belajar dan menguasai pelbagai cabang ilmu seperti agama, politik, seni tempur dan beladiri, ilmu peperangan, tasauf, psikologi dan lain-lain. Dia berkebolehan dalam 7 bahasa iaitu bahasa Arab, Turki, Greek, Hebrew, Parsi, Latin dan Serbia. Hal ini menggambarkan kecerdasannya yang luar biasa.

Kekhalifahan Uthmaniyyah yang bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah aliran Asha’irah dan bermazhab Hanbali itu sangat mementingkan ilmu tasauf kesufian. Pihak istana mengamalkan Tariqat Naqshabadiyyah. Parakhalifah mempunyai bilik suluk khas mereka. Peribadi yang banyak membentuk rohani Sultan Murad dan anaknya ini ialah seorang mursyid besar Tariqat Naqshabandiyyah iaitu Syeikh Shamsuddin al-Wali, seorang berketurunan Sayyidina Abu Bakar. Dia bertindak sebagai penasihat kepada Kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu.
Ketika Muhammad masih dalam buaian, Syeikh Shamsuddin pernah berkata kepada Sultan Murad, bahawa bukan baginda yang akan menguasai Konstantinople tetapi anaknya yang ketika itu sedang berada dalam buaian itu.


ZAMAN REMAJA

Muhammad al-Fateh mula memangku jawatan sebagai pemerintah daulah Islam pada tahun 1444 ketika baru berusia 12 tahun. Ketika itu bapanya iaitu Sultan Murad ada urusan di luar kerajaan. Tugas ini dijalankannya dengan baik selama hampir 3 tahun. Pada tahun 1451, ketika usianya 19 tahun, barulah dia secara rasminya menjawat jawatan khalifah. Sultan Muhammad ialah khalifah Uthmaniyyah yang ke-7.

ZAMAN DEWASA

Sultan Muhammad al-Fateh memimpin sendiri 25 kali kempen ketenteraan sepanjang hidupnya. Walaupun dia ketua seluruh umat Islam pada zaman itu, namun dia seorang yang berjiwa rakyat. Dikatakan ketika tentera Islam membina Benteng Rumeli Hisari, Sultan Muhammad membuka serban dan bajunya lalu turut sama menjadi buruh binaan.

Sultan Muhammad sangat gemar mengenakan serban, begitu juga dengan tentera dan rakyat Turkistan ketika itu. Selain daripada mempraktikkan sunnah, serban besar mereka itu tidak lain ialah kain kafan mereka sendiri. Hal ini menunjukkan kecintaan mereka kepada syahid pada bila-bila masa dan tentunya kecintaan kepada sunnah. Sebab itu kesemua tentera Islam pada zaman itu mengenakan serban.

Walaupun Sultan Muhammad sudah dilantik sebagai khalifah, tetapi dia masih memerlukan tunjuk ajar bapanya, yang juga mahagurunya. Oleh itu, sungguhpun Sultan Murad sudah bersara dan mahu memberi tumpuan pada amal ibadah, Sultan Muhammad tetap mahu bapanya ke medanjuang. Setelah Sultan Murad uzur, barulah dia dibiarkan berehat. Kata-kata Sultan Muhammad al-Fateh kepada bapanya setelah dia menjawat jawatan khalifah:

“Kalau ayahanda fikir ayahanda masih seorang khalifah, menjadi kewajipan ayahanda untuk turun ke medan perang. Tapi jika ayahanda memandang saya yang khalifah, maka saya perintahkan ayahanda untuk turun berjuang.”

Begitulah lebih kurang. Dengan kata-kata ini, Sultan Murad tidak dapat berhelah lagi. Memang benar, perjuangan tidak ada hari berhentinya.


MEMBUKA KONSTANTINOPLE

Sebelum melakukan kempen ketenteraan ke atas Konstantinople, Sultan Muhammad membuat persediaan rapi. Dia belajar daripada sejarah yang menyaksikan sekian banyak kegagalan tentera Islam terdahulu dalam menyerang kota tersebut. Dengan tembok kota berlapis empat, setinggi 25 kaki dan berparit air di hadapannya, kota ini sungguh kebal. Untuk itu perancangan dan persediaan yang luar biasa mesti dilakukan.

Antara langkah awal yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah mengerahkan pembinaan meriam paling besar dan berkuasa pada zaman itu. Meriam ini mampu menembak sejauh satu batu dengan peluru antara 300-1600 kilogram setiap biji. Tentera musuh memang gentar akan teknologi ketenteraan umat Islam ini. Meriam ini hanya boleh melepaskan 15 tembakan setiap hari. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya untuk umat Islam menguasai teknologi.


Tentera Islam tiba di Konstantinople dengan jumlah lebih kurang 150,000 orang. Apabila mereka solat berjemaah beramai-ramai, gementar hati tentera musuh melihat betapa ramai, berdisiplin, harmoni, bersungguh-sungguh dan bersatu hatinya tentera Islam. Dari segi psikologi, moral tentera musuh sudah menjunam jatuh.
Selain tembok kebal, penghalang besar antara tentera Islam dengan Kota Konstantinople ialah Selat Bosphorus. Kapal-kapal tentera Islam tidak dapat membuat serangan kerana tentera Kristian sudah memasang rantai besi yang merentangi selat. Strategi ini berjaya menghalang kemaraan tentera Islam untuk tempoh yang agak lama juga.

Sultan Muhammad yang berusia 21 tahun dan tenteranya tiba di Konstantinople pada 19 April 1453. Mereka menghujani kota itu dengan tembakan meriam selama 48 hari, namun Konstantinople masih utuh berdiri. Pihak musuh diperteguhkan pula dengan bantuan daripada Pope berupa 5 buah armada perang. Oleh itu, mereka yakin tentera Islam akan kehabisan ikhtiar, kelesuan dan akhirnya akan pulang dengan tangan kosong.

Satu keajaiban berlaku. Pada suatu malam, Sultan Muhammad mengerahkan tenteranya menggerakkan kapal melalui jalan darat. Mereka menarik kapal-kapal itu lalu melabuhkannya di dalam selat. Hal ini memang satu idea yang sungguh luar biasa.

Esoknya, tentera Kristian terkejut besar melihat sebanyak 72 kapal perang tentera Islam sudah berada di dalam selat dan bersedia melancarkan serangan. Mereka berasa hairan kerana rantai perentang masih tidak terjejas, jadi bagaimana kapal-kapal tentera Islam boleh melompat masuk? Ketika inilah peperangan hebat berlaku.
Sudah berlalu 53 hari namun Konstantinople tetap gagah. Sultan Muhammad tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan. Dengan tekad muktamad dia memberikan ucapan : “Saya hendak mati! Sesiapa yang mahu mati, mari ikut saya!”

Ucapan ini benar-benar membakar semangat tentera Islam. Seorang pahlawan bernama Hasan Ulubate dan 30 orang perajurit menyerbu masuk ke kubu musuh. Mereka berjaya memacakkan bendera daulah Islam di dalam kubu. Bendera yang berkibar itu membuatkan tentera Islam ‘naik syeikh’. Mereka bertarung sambil mengharapkan syahid. Dengan izin Allah, akhirnya Konstantinople tunduk melutut ke bawah tentera Islam. Hasan Ulubate dan 30 orang perajuritnya berjaya mendapatkan syahid. Allahu Akbar!

Konstantinople ialah kubu utama Kerajaan Byzantine. Kerajaan Byzantine lemah lalu akhirnya hancur selepas kota ini jatuh ke tangan Sultan Muhammad al-Fateh. Sultan Muhammad menukar nama Konstantinople kepada Islambol, yang membawa maksud “Islam Keseluruhannya”. Nama Islambol diubah pula kepada “Istanbul” oleh seorang musuh Allah bernama Mustafa Kamal Attarturk, Bapa Pemodenan Turki. Gereja St Sophies ditukar oleh Sultan Muhammad menjadi masjid, iaitu Masjid Aya Sophia. Sekarang dijatuhkan maruahnya sebagai sekadar sebuah muzium.

Selepas itu Sultan Muhammad menyebarluaskan lagi agama tauhid keHungaryBosniaSerbia, Albani dan sekitarnya.


JUMAAT BERSEJARAH

Selepas berjaya menakluki Konstantinople, sampailah ketikanya untuk tentera Islam mengerjakan solat Jumaat yang pertama kalinya di sana. Timbul satu masalah, siapakah yang akan bertugas sebagai imam? Sultan Muhammad al-Fateh bertitah kepada tenteranya:

“Siapakah antara kamu yang pernah meninggal solat fardhu setelah baligh, sila duduk.”

Tidak ada seorang pun dalam ribuan perajurit itu yang duduk. Maksudnya mereka tidak pernah meninggalkan kewajipan solat fadhu. Beginilah salah satu ciri sebaik-baik tentera.

“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat rawatib setelah baligh, sila duduk.”

Sebahagian daripada tenteranya duduk.

“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat tajahud setelah baligh, sila duduk.”

Semua tenteranya duduk, kecuali Sultan Muhammad sendiri. Hal ini menunjukkan pemerintah besar ini tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat rawatib dan solat tahajjud sejak dia cukup umur. Alangkah hebatnya peribadi seorang pemimpin sebegini! Ada lagikah pemimpin umat Islam yang sebegini?
-subhanallah, sungguh menakjubkan keimanan mereka ni. moga menjadi contoh dan semangat utk sama2 memajukan diri ke jalan Allah-

AKHIR HAYAT

Sultan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hurkascayiri, Gebe. Ada pendapat mengatakan dia meninggal kerana menderita penyakit ghout. Ada pula yang mengatakan dia diracun.
Siapa yang meracunnya? Seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa. Adaorang mengaitkan putera Sultan Muhammad sendiri dalam hal ini. Allahu a’lam.


KISAH POTRET SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

Potret ini memang masyhur. Siapakah pelukisnya?
Pelukisnya ialah seorang Itali bernama Genti le Bellini. Dia dihantar oleh Senat Venice ke Istanbul pada tahun 1479 untuk bertemu dengan Sultan Muhammad al-Fateh atas urusan hubungan diplomatik. Dialah yang melukis potret baginda.


PEMBUKA KONSTANTINOPLE SETERUSNYA

Hadis Nabi bercerita tentang kedatangan Yakjuj Makjuj. Kedatangan tentera Khazar, Monggol dan Rusia juga ternyata gerombolan Yakjuj Makjuj. Namun Yakjuj Makjuj yang utama akan muncul selepas kedatangan Imam Mahdi dan Nabi Isa al-Masih nanti.

Begitu juga dalam kes Pembuka Konstantinople. Sultan Muhammad al-Fateh dan tenteranya memang benar sebaik-baik raja dan tentera pada zaman mereka yang berjaya membuka Konstantinople, namun Pembuka Konstantinople yang utama akan tiba tidak lama lagi. Mereka juga sebaik-baik raja dan tentera, untuk penghujung akhir zaman ini.

Kita lihat apa yang dinukilkan oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Haitamy dalam kitabnya Al-Qaul al-Mukhtasor fi ‘Allamah al-Mahdiy al-Muntazor:

“Al-Mahdi akan memerangi Rom selama 3 hari. Pada hari ketiga itulah Rom runtuh. Kemudian menyerang Konstantinople. Ketika mereka membahagi-bahagikan emas di Konstantinople dengan memakai takaran perisi, tiba-tiba ada orang yang berteriak: “Sesungguhnya Dajjal telah menundukkan keluarga-keluarga kamu semua.”
“Al-Mahdi akan menundukkan Konstantinople dan Jabal ad-Dailam.” (Abu Nuaim)

Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya mereka menundukkan Konstantinople dan Rom dengan membunuh 40,000 jiwa……. Ketika mereka membahagi-bahagikan harta rampasan perang, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan berita kedatangan Dajjal…”

Sabda Nabi:
“Peperangan yang terbesar ialah tertakluknya Konstantinople. Dan keluarnya Dajjal ialah selama 7 bulan.”

Hadis riwayat al-Hakim:
“Sesungguhnya pasukan yang menundukkan Konstantinople ialah pasukan Hijaz……. Kemudian mereka dikejutkan dengan orang meneriakkan tentang kedatangan Dajjal.”

“Tertakluknya Konstantinople ialah keluarnya Dajjal.”

“Ketika menundukkan Konstantinople, Al-Mahdi menancapkan benderanya untuk mengambil wudhuk dan mengerjakan solat Subuh.”

Cuba perhatikan, penaklukan Konstantinople dikaitkan dengan al-Mahdi dan pra-kezahiran Dajjal. Maksudnya pembukaan utama Konstantinople belum berlaku. Ia akan dibuka oleh sebaik-baik raja dan tentera iaitu Imam Mahdi dan pasukannya.

Anda mahu jadi salah seorang ahli pasukannya yang sebaik-baik tentera itu? Bandingkan amalan anda dengan amalan para perajurit Pembuka Konstantinople yang pertama iaitu tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Tentunya kualiti tentera yang membuka akan membuka Konstantinople kali ini adalah lebih hebat daripada yang pertama. Layakkah anda?

Satu hal yang menarik, orang yang mengatakan Konstantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam ialah Nabi Muhammad saw, Pembuka Konstantinople yang pertama ialah Sultan Muhammad manakala Pembuka Konstantinople yang utama ialah Muhammad bin Abdullah iaitu al-Mahdi. Ketiga-tiganya Muhammad.


Ini merupakan jalan ceritanya, maaf kalau ada salah dan silap. Ini hanya dipetik sebegitu sahaja tapi inshaAllah telah mendapat persetujuan semua. mungkin terdapat sedikit kelainan, harap tidak menjejaskan cerita hebat ini.
dan utk lebih memahami cerita ini, ada video! =)
harap dapat memberi manfaat, wallua'lam..

njoy and take a good lesson from it. Make an example to achieve success together =)


Thursday, December 12, 2013

believe

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum n holla everyone~~~

ehem, topic for today is believe..
believe in what?
believe in God is absolutely yes!
believe in everything that had happen n will be happened is the most exciting story line ever!
be grateful in your life
lalalalalala

but today, i don't want to talk about that believe..
believe in love it is! ahaks!
is i'm falling in love to someone??
hahaha.. that's a secret ;)
but.. i believe in love, that no matter what, life will be cherish with love
love from God, parents, family and others show that we live in love

and when we love in someone, trust the guy! oh my!
okay, not any guy, young lady..
but, when he sacrifices a lot for you, don't just because his one mistake, you're blind with all the sacrifices
okay, don't mad at me.. if he made a huge mistake that you think it is unforgiven, then you should dump him!
but, don't trust others talks, you should trust him more.. ask him nicely and you can solve it
communication is the best for relationship
just believe, it's worth it! =)
soooo, cherish your love n believe in it!
pray for the best, you will get the happiness you really wanted in life, inshaAllah






Sunday, December 8, 2013

sempurnakah?

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum n holla again! :)

ehem, hari ni tiba2 rajin nak tulis kat blog ni haaa..
aku ada baca novel ni, a good one 4 sure
bila baca.. subhanallah, i'm impressed with every words she wrote..
deep down till my heart.. deep meaning, a strong word 4 life..

salah satu pengajarannya...
cinta kat manusia, macam mana kita tangkap cintun pun..
kalau Allah tak nak kita dgn org tu, kita takkan dapat
selalu kita dgr, ada jodoh tak ke mana kan?
dan.. ayat ni benar2 buat aku buka mana..
kenapa? jodoh pertemuan semua urusan Allah
kadang2 kita rasa org yg kita minat dan suka cukup baik dan sempurna utk kita
tapi, end up org yg kita minat kahwin dgn org lain...

hati akn tetap terseksa-4 sure i think-
tapi ingatlah, perancangan Allah sangat sempurna.
kalau tak, Allah takkan saja2 berfirman dalam surah an-Nur ayt 26
"perempuan-perempuan yg keji utk lelaki yg keji dan lelaki yg keji utk perempuan-perempuan yg keji, sedangkan perempuan-perempuan yg baik utk lelaki yg baik dan lelaki yg baik utk perempuan-perempuan yg baik.."
mungkin ayt yg biasa kita dengar, tapi tak ramai yg sedar maksudnya sngt mendalam..

siapa yg tak mau lelaki yg sempurna? penyayang? romantik? kacak ? dan sebagainya..
siapa yg tak mau perempuan yg cantik? kuat agama? pandai jaga maruah diri?
tapi.. bila kita inginkan semua tu, bukan mudah..
andai kita nakkan yg terbaik, kita pon perlu jadi yg terbaik
sama2 dapat yg terbaik yg diredhai Allah

ada org bercinta 10 tahun, tapi kahwin dgn org lain yg hanya kenal 3 bulan..
perancangan Allah itu sangat indah..
hailaaaa.. aku yg terasa, penat memendam rasa..
lebih baik memendam rasa, rindu, cinta dan kasih kpd Allah.. :)
insyaAllah, kita akn dpt sesuatu yg lebih nikmat drpd kita memendam rasa dgn manusia

konklusinya, kosongkan jiwa.. biarlah segala perasaan yg terisi dlm hati ini..
cinta, kasih dan sayang kpd Allah. Rasulullah. ibu n ayah. keluarga.
cinta sesama insan, kita suburkanlah dgn ketakwaan..




kita dijadikan tidak sempurna.. tapi, kita perlu berusaha utk menjadi yg terbaik dan sempurna utk Allah..
yg akan mengunakan nikmat kurniaan-Nya dgn sebaiknya.. (=





a better & good one

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum n holla everyone~
lama sungguh tak tulis kat blog ni.. bersarang dah

ira dah abis SPM pon.. doakan moga dpt keputusan yg terbaik n diredhai Allah
soooo, dah abis spm.. tak tau nak buat apa..
sungguhlaaaa boooosaaaaannnn..-jgn ckp bosan, ibu pesan-
tapi, itulah realitinya.. tak tau nak buat apa..

tapi, ira dapat konklusi.. orang yg menggunakan akal yg Allah bagi, tak akan rasa tak tau nak buat apa kan?
mereka ni akan menggunakan masa dengan sebaiknya. menghargai masa..
dengan apa? hehehehe, ira pon tak tau.. tapi, tentunya dgn benda yg sangat berfaedah kan?
oleh itu, ira berfikir.. ehem..
mengapa tidak aku jadi org seperti mereka?
menghargai masa, menggunakan akal n nikmat masa lapang yg Allah bagi sebaiknya? =)


^^^ sooo, ni yg ira jumpa.. n teringin nak ikut serta jadi seperti itu.. a better one :)
bukan bermakna sekarang teruk-mungkin ya, nauzubillah-
tapi, sekarang pakai tudung, mungkin tak cukup sempurna seperti yg ditetapkan syariat
mungkin tutup segala inci tubuh, mungkin tak cukup sempurna kelonggaran dan jenis kain
mungkin kita rasa dah okay, tapi tak cukup pada pandangan Allah..
then, masa free ni boleh dijadikan satu permulaan right?
dan moga-moga istiqamah




 sooo.. dua2 gambar ni mungkin boleh jadi panduan utk kita mulakan dan amalkan..



ehem.. gaya cam orang alim je..ya Allah, sesungguhnya diri ini masih jahil dan masih perlukan ilmu untuk jadi yg terbaik bagi Allah
mungkin kita rasa ataupun orang lain nampak okay.. tapi, adakah kita yg terbaik utk Allah.. boleh sama2 muhasabah diri..
 oleh itu, salam mahabbah dan salam ukhwah.. moga sama2 kita dpt kemanisan iman n keredhaan Allah
:)

insyaAllah.. sama2 berusaha