Sunday, February 5, 2012

salam maulidur rasul!

bismillahirrahmanirrahim~
* selawat*
 okeh.. ari ni dah pon 12 RabiulAwal! cepat mase berlalu.. ari ni hari ape?-maulidurrasul!!!-
alhamdulillah, kita masih ingat tarikh lahir nabi Muhammad. Ingatkan bole ingat bufday kawan2 je :D
haaa.. selain itu, aku nak cakap pasal ilmu yg aku dapat mase dengar ceramah kat masjid malam tadi. share2.

ada 3 peringkat ibadah :
3. ibadah kerana rasa takut - kita beribadah kerana takut masuk dalam neraka. Memang la boleh berfikiran macam tu. TETAPI, ibadah yg kita buat itu merupakan serendah-rendah darjat ibadah. so, kena up siket! 
2. ibadah kerana inginkan balasan- kita beribadah kerana inginkan syurga dan pahala. Haaaa~ ramai tak yg terfikir cam ni? tapi, ibadah kita tetapi no. 2
1. ibadah kerana cinta - ni memang the bez! fantastic! boombastic! sape2 yg beribadah kerana rase cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, dialah hamba yg mendapat setinggi-tinggi darjat ibadah.

kalau kita belajar pon, kita nak faham betul2. rase nak menangis kalau tak faham. kalau exam? perghhh! stadi bagai nak gila! kita mesti nak dapat rezult yg gempak. nak NO 1!!! tapi.. bila kita beribadah.. kita wat yg tergempak tak? yg the bez tak? NAK DAPAT NO 1 tak? :D tanda-tanda ibadah kita tak diterima oleh Allah ialah kita bersikap BAKHIL! jap2.. ira bakhil ke? -berfikir sejenak- anda pon perlu fikir. Jika YA? anda perlu tingkatkan ibadah. betulkan niat kita ---> HANYA ALLAH <--- :D Jika TIDAK? alhamdulillah, tingkatkan ibadah kita lagi :D

kembali kepada topik kita! - RASULULLAH- bukan nak cakap sebab HARI INI hari rasulullah lahir, kita kena selawat. tiap2 ari pon kena selawat en? sebab apa??? Rasulullah sentiase ingat kita tau! ek eleh~ mane kau tau rasulullah rindu kau ke tak? BUKTINYA :

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata Rasulullah. Ikhwanku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.

ataupun hadis yg hampir sama dengan situasi yg atas :

اشتقت لأحبابى فقالوالي :او لسنا احبابك يا رسول الله؟ فقلت: انتم أصهابي, واحبابي قوم يأتون بعدي يؤمنون بي و لم يروني

''aku telah merindui kekasih-kekasih aku, maka mereka (para sahabat) berkata padaku.. bukankah kami (sahabat) kekasih-kekasihmu ya Rasulullah? Maka aku berkata, kamu semua sahabatku, dan kekasih-kekasih aku kaum yang datang selepasku, mereka beriman denganku tetapi tiada pernah melihatku''

CAYE TAK???

kita rindu tak kat rasulullah? ke kita rindu kat kawan2 kita je? ke pakwe/makwe kite??? -ish3..makandalam-
dan, even rasulullah nak wafat pon, kat mulut rasulullah meniti " ummati, ummati, ummati" haaaaa! 3 kali tau rasulullah sebut tentang ummat baginda. SIAPAKAH umat baginda? kita lah kan??? Rasulullah takut kat ummat die ni, akan terpesong ke jalan yg salah-nauzubillah- tapi, kita macam wat dek je! watilek watpeace je nooo... tak patot-tak patot.

jadi ari ni.. sayangilah rasulullah. jangan hanya kat IC, ISLAM. tapi kita tak amalkan. Kalau lah malaikat Mungkar dan Nakir tanya bila kat dalam kubur, " Ma deenuka?" takkan kita nak jawab " Laa.. kan dah tertulis kat IC ISLAM. lagi mau tanya ke?" sebab bila kat kubur nanti bukan mulut kita yg jawab. Di dahi kita terpancar jawapan kita. NAPA DAHI??? sebab tu temapat utama yg apabila kita sujud, kena dahi en? :D

ikutilah sunnah rasulullah! jangan lupa~ same2 kita ingatkan kawan2 kita dan diri sendiri jugak en? jangan hanya pandai bercakap, tapi diri sendiri tak wat! aku lah tu   sama2 beramal..sama saling mengingati :D

dan jangan hanya sebut sayang, tapi tak tunjukkan pon sayang kita kat Rasulullah :D

Akhir sekali, mintak maaf jika bahasa aku ni wat sape2 terase ke ape, aku hanya manusia yg hina.. nak tegur, boleh je! ehem2.. cube dengar lagu ni.. agak menarik. LAYAN~






# jangan lupa selawat banyak2. tiap2 ari tau, bukan ari ni je :D




Thursday, January 26, 2012

UMSC

bismillahirrahmanirrahim..

UMSC??? sape tau? - University Malaya Specialist Centre :D
pertama kali jejak kaki kat situ.. jadi cam.. " not bad"
biaselah kan.. klinik private, so cam gempak ciket dari klinik kerajaan! hehe..

wat pe kat situ? -check-up laa.. ade appointment sebenarnye, sebab tu pergi sane.
nak check-up ape? - sakit diri sendiri laa. ( adela..takperlutaukot! :D )
cume nak tunggu giliran tu.. perghh! lame gile! dtg kol 3, kol 4 lbih baru jumpe doc tu.
Doc tu baek gile! -doktor mmg la baik-peramah -
nama doc? Prof. Dr. Dharmendra! aku rase name doc ni cam pelakon hindustan mane je! ahaks!

lepas blablabla sume, doc tu ckp " everything gonna be fine. I think it doesn't too bad. But, u can do some exercises." Dapat la 'manual' tentang sakit aku tu. Ade la panduan ttg exercises dan macam2 la.
dan doc tu ckp " So, i will give some tablets, take that and see wat happen. Is the pain getting worse or not"
Aku pon dpt la ubat tu. Aku cam hepi lak dpt ubat! bukan senang nak dapat ubat tau! haha

Soo.. aku ade next appointment ngan doc tu. 15 Mac ni! dan die cakap nak wat MRI!
whoa! selalu tgk MRI ni kat tv je.. tak lame lagi aku lak yg kne! :D
"ek eleh.. doc tu ckp akan okeh je, wat pe nak wat MRI?" sebab die nak pastikan tak de apa2 masalah lagi. yelaa, aku tgk sakit aku tu melalui x-ray je. so, cam tak detail. Doc cakap " With MRI we can see all the nerves and all. so, it's more detail." see? kena gak la harung benda tu!

bile dah kuar dari bilik doc tu, aku tunggu la tuk bayar. sambil2 tunggu tu ade la pasangan cina ni dan anak die. Anak die atas kerusi roda. Tegur la sebab tengok ayah die tgh wat regangan kat anak die.

bila aku tengok dak tu -umur mungkin dalam 10 tahun ke atas kot-.. aku rase bersyukur gila! allah kasi aku kesakitan yg tak seberape jika nak bandingkan ngan budak tu. Dak tu ade masalah 'mascular' -aku pon tak paham sangat benda2 ni-
Tapi, yelaa.. dak tu badan die agak besar laa.. tapi, kaki dan tangan die kurus je. Jauh beza ngan badan die. Aku terfikir.. Kita mungkin nak kaki dan tangan kecil, tapi ade orang nak kaki dan tangan besar. Alhamdulillah~ Allah jadikan kite sebaik-baik kejadian. Dan..

Kata-kata Hikmah


Terima kasih ya Allah sebab bagi aku peringatan. yelaa, kadang2 rase cam setengah mati je bile kesakitan ni datang. Tapi, bila tengok dak tu.. aku rase Allah nak uji dak tu lagi hebat dari aku. Dak tu sempat borak2 lagi ngan aku. bila nak pergi tu.. dak tu siap lambai2 lagi. Aku senyum je. Kalau dak tu boleh, maknanye aku pon bole! InsyaAllah~  (^_^)